Home » Citra Yadim » Kongsi Rezeki : Agihan untuk warga UNIMAS

Kongsi Rezeki : Agihan untuk warga UNIMAS

SAMARAHAN – Bersempena dengan Ihya Ramadan Sebulan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (IRSYAD 360), YADIM Sarawak pada 6 Mei telah mengadakan program agihan bubur lambuk kepada warga Universiti Malaysia Sarawak.

Bermula jam 10 pagi, peserta yang terlibat telah bergotong royong menyedia dan memasak juadah tersebut.

Agihan bermula sekitar jam 2.45 petang dengan penyerahan bubur lambok kepada Pengarah Pusat Islam UNIMAS, Y.Bhg Dr. Abdul Halim Busari dan wakil mahasiswa, Mohd Nazrul Zawawi merangkap pengerusi Rakan Siswa YADIM UNIMAS.

Wakil YADIM Sarawak, Abuza Zaifarrudin Zaini mengetuai edaran bersama empat kakitangan YADIM, selain dibantu oleh Ustazah Rasyidah Binti Borhan, kakitangan Pusat Islam termasuk ahli RSY.

Sebanyak 225 bubur lambuk diagihkan menerusi wakil-wakil kolej kediaman dan jabatan. Ini bertujuan bagi mengelakkan orang ramai berkumpul dan mematuhi arahan SOP.

Projek Kongsi Rezeki ini merupakan aktiviti rutin YADIM Sarawak yang dilaksanakan pada setiap minggu bagi menyantuni masyarakat di samping menyemarakkan bulan Ramadan kali ini dengan aktiviti amal kebajikan.

 

 

 

Artikel Berkaitan

Malaysia negara pertama terima visa haji

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi negara pertama yang menerima pengeluaran visa haji daripada Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi bagi jemaah musim haji

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *