Home » Citra Yadim » YADIM Interaktif : 5 Minit Jer di Mydin Mall Kota Bharu

YADIM Interaktif : 5 Minit Jer di Mydin Mall Kota Bharu

KOTA BHARU – Luangkan masa lima minit membaca Al Quran. Ringkas namun memberi impak yang cukup baik kepada masyarakat.

Demikian program yang dianjurkan YADIM Kelantan pada 19 April di Mydin Mall di sini.

Menerusi program ini, semua aktiviti di pasar raya dihentikan dan para pengunjung serta orang ramai meluangkan masa selama lima minit membaca surah Al Alaq. Alhamdulillah.

Program anjuran YADIM Kelantan ini juga dihadiri seramai 50 org pelajar Maahad Tahfiz Miftahul Huda, Mulong serta guru pondok seramai 6 org yang mengiringi pelajar.

Turut hadir 18 orang Rakan Siswa YADIM Kelantan yang membantu mengedar risalah Surah Al-Alaq.

Penceramah jemputan, Ustaz Osman Md Zin, Imam Masjid Telipot hadir memberikan pengisian ilmu dalam program ini.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *