Home » Langit Terbuka » Hormati maruah orang lain walaupun dia musuh kita

Hormati maruah orang lain walaupun dia musuh kita

PUTRAJAYA: Umat Islam dinasihat menghormati maruah seseorang dan tidak melakukan sebarang tuduhan yang boleh mengaibkan individu lain terutama membabitkan pemimpin negara.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Islam menganjurkan umatnya bersifat profesional dan memelihara diri daripada menjatuhkan maruah pihak lain.

Jika ada aduan dikemukakan pihak tertentu membabitkan isu ‘tuduhan peliwat’ yang difailkan terhadap satu pihak lain atau terdapat laporan polis, maka tindakan undang-undang sivil boleh dibuat terhadap kes terbabit.

Begitu juga dengan syariah, jika ada aduan dikemukakan kepada pegawai penguat kuasa agama, maka siasatan itu akan dijalankan,” katanya selepas Majlis Persidangan Serantau Kekeluargaan Islam di Masjid Putra di sini.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *