Home » Citra Yadim » Pelatih ADMY mengurus jenazah

Pelatih ADMY mengurus jenazah

PELATIH Akademi Daie Muda YADIM (ADMY) 2023 terus diberi latihan dan pengalaman sebenar dunia dakwah.
Bertempat di Tanah Perkuburan Islam Raudhatul Sakinah Kuala Lumpur pada 25 Oktober, seramai 28 pelatih diberi latihan bagaimana untuk mengurus jenazah, bermula dari memandikan hingga mengebumikan.
Dipandu oleh pegawai-pegawai terlatih daripada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, mereka menguruskan jenazah seorang bayi lelaki dan dua jenazah lelaki dewasa.
Mereka sendiri berpeluang mengorek lubang dan berada di dalam liang lahad ketika mengebumikan jenazah berkenaan.
Latihan seperti ini juga dapat memberi kesedaran dan keinsafan kepada pelatih selaku generasi pelapis tentang pentingnya mempelajari pengurusan jenazah demi memenuhi tuntutan fardu kifayah dalam kehidupan bermasyarakat.
Semoga ilmu yang diperolehi memberi manfaat kepada mereka.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *