Home » Citra Yadim » YADIM Sarawak memberikan sumbangan kepada pegawai APM

YADIM Sarawak memberikan sumbangan kepada pegawai APM

JALUR Dakwah menerusi kebajikan tidak pernah dilupakan YADIM Sarawak menerusi pelbagai program yang dilaksanakan mereka.
Inisiatif terbaharu mereka berlangsung pada 26 Januari apabila YADIM Sarawak menyerahkan sumbangan kepada keluarga Encik Mohamad Syafiq Mohamad Ali Hanaffiah, anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang cedera semasa menyelamat kanak-kanak mangsa kebakaran di Rumah Perumahan Rakyat (RPR) Batu Kawa.
YADIM menyampaikan replika cek RM3,000 kepada ibu Mohamad Syafiq sebagai simbolik penerimaan bantuan yang akan disalurkan ke dalam akaun Mohamad Syafiq bagi meringankan beban menampung kos rawatan beliau.
Hadir bersama ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Kitang, Yang Berhormat Dato’ IR. Lo Khere Chiang, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Tuan Haji Alwi Morshidi dan Pengarah YADIM Sarawak, Awang Dulhadi Awang Mat.
Didoakan Mohamad Syafiq dan keluarganya diberikan kekuatan, ketabahan dan segera sembuh serta dipermudahkan segala urusan.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 tengah hari 28 Ogos lalu, Mohamad Syafiq yang juga seorang guru Al Quran di Lubuk Antu, meredah api marak demi menyelamatkan seorang kanak-kanak lelaki, Zayyan Nazeem Zainal Abidin, 6, yang terperangkap dalam kebakaran membabitkan lima rumah.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *