Home » Langit Terbuka » ‘Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ – Mohd Na’im

‘Tersentuh tengok golongan OKU penglihatan tunai umrah’ – Mohd Na’im

Tangkap layar video yang dimuat naik di laman sosial milik syarikat pengendali umrah dan haji itu mengundang sebak orang ramai.

SHAH ALAM – Tindakan Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd (Andalusia) menaja seramai 30 jemaah orang kurang upaya (OKU) penglihatan, diharapkan menjadi contoh kepada syarikat pengendali umrah dan haji lain untuk berbuat perkara sama.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata, hal tersebut amat menyentuh hati apabila melihat mereka menunaikan ibadah tawaf dan umrah.

“Tahniah saya ucapkan kepada pihak pengendali jemaah umrah, Andalusia atas keprihatinan tinggi menaja 30 orang jemaah umrah OKU Penglihatan.

“Moga terkabul segala hajat sahabat-sahabat OKU penglihatan menunaikan ibadat umrah dan ziarah.

“Saya berharap ia akan menjadi contoh kepada syarikat lain pengendali jemaah umrah turut berbuat perkara sama memberikan peluang kepada jemaah OKU lain untuk menunaikan umrah,” ujarnya dalam satu kenyataan di laman sosial, Facebook pada Ahad.

Sebelum ini, tular rakaman berdurasi 2 minit 11 saat yang memaparkan sekumpulan jemaah OKU penglihatan sedang menunaikan ibadah umrah.

Video yang dimuat naik di laman sosial milik syarikat pengendali umrah dan haji itu mengundang sebak orang ramai.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *