Home » Langit Terbuka » ‘Influencer’ manipulasi derma ingatlah azab Allah amat pedih – Mohd. Na’im

‘Influencer’ manipulasi derma ingatlah azab Allah amat pedih – Mohd. Na’im

Mohd. Na'im menyampaikan sijil penghargaan kepada penerima, Elyani Nazirah Abdullah (kanan) pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 di Putrajaya, hari ini. - Foto oleh FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Aktivis atau personaliti media sosial diingatkan supaya tidak mengambil kesempatan daripada sifat pemurah rakyat Malaysia dengan cara memanipulasi kutipan derma untuk mengaut keuntungan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, mana-mana pihak perlu sedar bahawa hukuman dan azab daripada Allah S.W.T jika ambil harta orang lain itu amatlah pedih.

“Saya akui rakyat Malaysia sangat pemurah termasuk dalam soal membantu dan menderma. Namun, pada masa sama kita kena hati-hati dan kita tak nak sifat dermawan itu dimanipulasi oleh mana-mana pihak.

“Kita kena ingat apa yang kita ambil dari harta orang lain dan kita tak sampaikan dengan niat dan tujuan maknanya hukuman dan azab daripada Allah SWT itu amat pedih,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 di sini, hari ini. – KOSMO! ONLINE

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *