Home » Langit Terbuka » Anggota jawatankuasa khas syariah dimuktamadkan – Menteri

Anggota jawatankuasa khas syariah dimuktamadkan – Menteri

Foto Bernama

KUALA LUMPUR: Anggota jawatankuasa khas bagi mengkaji isu bidang kuasa persekutuan dan negeri khusus berkaitan kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam penggubalan undang-undang syariah dimuktamadkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata senarai yang dilantik adalah dalam kalangan pakar dan pengamal undang-undang berkelayakan.

“Untuk makluman, semua nama anggota bagi jawatankuasa ini telah dimuktamadkan dan pelantikan telah dibuat.

“Ia dianggotai bekas Ketua Hakim Negara sebagai pengerusi, bekas hakim, wakil Jabatan Peguam Negara, wakil Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia, wakil Majlis Agama Islam Negeri dan ahli akademik yang berkepakaran dalam bidang undang-undang, sivil, syariah dan Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *