Home » Langit Terbuka » Anwar pemimpin berani, lantang perjuang Palestin

Anwar pemimpin berani, lantang perjuang Palestin

Negara bertuah mempunyai seorang ketua negara yang tegas menyuarakan pendirian berhubung isu kemanusiaan di Palestin, tetapi pada sama masih tidak mengurangkan pengaruhnya dalam menarik pelaburan ke Malaysia.

Menyifatkan Perdana Menteri sebagai pemimpin berjiwa besar, Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Hasanuddin Mohd Yunus turut menggambarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang yang berani.

“Perdana Menteri kita tegas dalam isu Palestin. Berani bercakap dengan lantang pada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) UNGA ke-78, dan di Amerika syarikat sendiri.

“Tapi pada waktu sama, pemimpin berjiwa besar ini berjaya membawa pelabur-pelabur dari negara yang dia sendiri berikan teguran tentang kemanusiaan dan tentang perjuangan Palestin.

“Berani bercakap tapi berani mengajak pelabur (ke Malaysia),” katanya pada Forum Perdana “Berhati Nurani” di RTM baru-baru ini

Hasanuddin menambah, Kerajaan Perpaduan yang dibentuk di bawah pentadbiran Perdana Menteri berjaya menawarkan solusi yang cukup indah buat semua iaitu MADANI.

Begitu pun katanya, kerajaan sukar bergerak dengan lebih sepakat sekiranya ada pihak-pihak yang berterusan memaki hamun segala usaha kerajaan.

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *