Home » Langit Terbuka » Ar Rahnu Yapeim tawar takaful kenderaan, cukai jalan

Ar Rahnu Yapeim tawar takaful kenderaan, cukai jalan

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Yapeim berkata, perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada rancangan kerjasama strategik antara Koperasi Yapeim Berhad dengan Etiqa General Takaful Berhad

KUALA LUMPUR – Orang ramai kini boleh memperbaharui takaful kenderaan dan cukai jalan mereka di 212 cawangan statik dan kaunter bergerak Ar Rahnu Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Abibullah Samsudin berkata, perkhidmatan itu adalah sebahagian daripada rancangan kerjasama strategik antara Koperasi Yapeim Berhad (KYB) dengan Etiqa General Takaful Berhad (EGTB).

Beliau berkata, turut ditawarkan adalah takaful kemalangan diri dan beberapa polisi yang berkaitan antaranya perlindungan terhadap emas yang digadaikan oleh para pelanggan.

“Melalui kerjasama ini, Yapeim berharap dapat menyedarkan masyarakat serta menggalakkan mereka untuk bermuamalah melalui sistem kewangan Islam yang patuh syariah.

“Apabila terdapatnya perkhidmatan memperbaharui perlindungan takaful kenderaan di cawangan Ar Rahnu Yapeim, ia akan menjimatkan masa pelanggan,” katanya dalam sidang akhbar selepas majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara KYB dengan EGTB di Dataran Maybank, Bangsar di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi KYB, Arshad Sian; Ketua Pegawai Eksekutif EGTB, Zaharudin Daud dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurans dan Takaful, Kamaludin Ahmad. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *