Program Bicara Solehah dan Madani Care

LENSA Program Bicara Solehah dan Madani Care anjuran YADIM Terengganu di Masjid Putera Jaya, Setiu pada 9 Mac. Bertempat di masjid tersebut selaku rakan kerjasama, program ini menghimpunkan kira-kira 40 jemaah muslimah kariah berkenaan. Dianjurkan sempena Ramadan dan Hari Wanita Antarabangsa 2024, pengisian program ini menumpukan kepada pemerkasaan wanita. Program turut menyaksikan sumbangan disampaikan kepada […]

Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Peringat Daerah Baling

RAMADAN Semakin menghampiri dan cakna dengan kehadiran bulan mulia itu, YADIM negeri Kedah dan Perlis telah mengadakan program Sehari Bersama Komuniti (SEBATI) Madani Peringat Daerah Baling. Diadakan dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Intergrasi Nasional (JPNIN) Daerah Baling/Sik dan Sukarelawan YADIM (SAY) Baling, program pada 9 Mac di Kampung Iboi, Baling ini diisi dengan pelbagai pengisian […]

YADIM Interaktif: Sepakat Madani Bersama Komuniti

SIRI Terbaharu YADIM Interaktif: Sepakat Madani Bersama Komuniti telah berlangsung di Pusat Sebaran Maklumat National (NADI) Pengkalan Chepa pada 9 Mac. Dijayakan dengan kerjasama Jabatan Penerangan, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia dan Duat Al-Falah, ia dihadiri seramai 70 peserta yang terdiri daripada ketua komuniti di Pengkalan Chepa. Dalam majlis ini, 30 orang asnaf daripada komuniti […]

Membantu warga sekolah memahami konsep Malaysia Madani

LENSA Sekitar Program Latihan Dalam Perkhidmatan kepada 46 orang para guru dan warga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Gual Periok, Rantau Panjang pada 9 Mac. Anjuran YADIM Kelantan, program ini bertujuan untuk membantu warga sekolah memahami konsep Malaysia Madani dengan lebih jelas. Ceramah disampaikan oleh Duat Al-Falah, Ustaz Haji Mohd Rosli Husin yang membawa tajuk Konsep […]

Pertandingan hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Itqan – Sesi (16) 2024

SERAMAI 1,200 peserta dalam dan luar negara menyertai Pertandingan hafazan Al Quran Peringkat Kebangsaan Itqan – Sesi (16) 2024 yang kini sedang berlangsung. Program ini dianjurkan Yayasan Pendidikan Itqan dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kedutaan Diraja Arab Saudi dan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Dipertua YADIM, Datuk Hasanuddin […]

Program Bicara Solehah bertajuk ‘Wanita Dan Puasa’

LENSA Program Bicara Solehah bertajuk ‘Wanita Dan Puasa’ anjuran YADIM Terengganu pada 8 Mac di Dewan Cerong Binjai, Chendering, Kuala Terengganu. Pengisian disampaikan Zamalah YADIM Terengganu, Ustaz Zuliadin Abdullah kepada seramai 50 penghuni Rumah Pangsa Mampu Milik (RPMM) Cerong Binjai, Chendering. Hadir sama ke program ini ialah Pengerusi Persatuan Penduduk RPMM Cerong Binjai, Puan Zuziela […]

Persetujuan mengadakan Seminar Kenegaraan Madani

YADIM Negeri Selangor dan Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan (JPWPKL) telah mencapai persetujuan mengadakan 11 siri Seminar Kenegaraan Madani bermula April depan. Dalam pertemuan lanjutan antara Pengarah YADIM Selangor, Encik Mohd Fitri Aziz Mohd Yusof bersama Ketua Penolong Pengarah Kanan Sektor Pengurusan Sekolah JPWPKL, Puan Hajah Noorlia Arshad, Seminar Kenegaraan Madani siri pertama secara rasminya akan […]

Menyantuni Asnaf sempena Program Ummatic Festival

MENYANTUNI Asnaf sempena Program Ummatic Festival, YADIM diberi tanggungjawab memimpin pasukan untuk mengedarkan kotak sumbangan kepada keluarga terpilih. Kesempatan memimpin kumpulan terdiri daripada pelajar antarabangsa Indonesia dan beberapa pelajar tempatan adalah peluang yang baik untuk mengenalkan budaya dan loghat masyarakat tempatan selain berperanan dalam khidmat sosial dan kebajikan. Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang turun padang […]

Program Ihya’ Ramadan Peringkat YADIM Negeri Terengganu

KONSISTEN Melestari gerakan dakwah, YADIM Terengganu bersama Rejimen 512 Askar Wataniah, Kem Padang Midin telah bekerjasama melancarkan Program Ihya’ Ramadan Peringkat YADIM Negeri Terengganu pada 6 Mac. Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Komander Rejimen 512 Askar Wataniah, Leftenan Kolonel Ahmad Azahari Jamaludin mewakili Komander pasukan, YAM Tengku Seri Temenggong Raja Briged Jeneral Dato’ Seri Tengku Baharuddin […]

Program latihan Takhrij Al-Hadith melalui Aplikasi Maktabah Syamilah 4.0

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) serta Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta telah menganjurkan program latihan Takhrij Al-Hadith melalui Aplikasi Maktabah Syamilah 4.0. Program pada 6 Mac ini berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Canselori II, USM Pulau Pinang. Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar universiti dan penyelidik […]