Home » Citra Yadim » Menyantuni Asnaf sempena Program Ummatic Festival

Menyantuni Asnaf sempena Program Ummatic Festival

MENYANTUNI Asnaf sempena Program Ummatic Festival, YADIM diberi tanggungjawab memimpin pasukan untuk mengedarkan kotak sumbangan kepada keluarga terpilih.
Kesempatan memimpin kumpulan terdiri daripada pelajar antarabangsa Indonesia dan beberapa pelajar tempatan adalah peluang yang baik untuk mengenalkan budaya dan loghat masyarakat tempatan selain berperanan dalam khidmat sosial dan kebajikan.
Bahagian Khidmat Bakti YADIM yang turun padang ke program ini, telah mengagihkan sumbangan kepada keluarga yang dikenalpasti memerlukan di sekitar Ipoh.
Di kesempatan tersebut, antara yang diziarahi adalah Ustaz Azmi Chai, pendakwah di Pejabat Agama Daerah Ipoh. Penerima Anugerah Pendakwah Maulidur Rasul 2016 ini kehilangan kaki kanannya sejak Februari 2023 dan beliau masih berkhidmat pada usia memasuki 60-an.
Ummatic Festival yang berlangsung sehingga 10 Mac 2024 melibatkan YADIM dalam beberapa siri khidmat sosial disamping aktiviti jualan dan pameran produk-produk YADIM.
Turut serta ke program ini ialah Pengarah YADIM Perak, Ustaz Ramdani Abd Karim.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *