Home » Citra Yadim » Program latihan Takhrij Al-Hadith melalui Aplikasi Maktabah Syamilah 4.0

Program latihan Takhrij Al-Hadith melalui Aplikasi Maktabah Syamilah 4.0

YADIM Pulau Pinang dengan kerjasama Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV) Universiti Sains Malaysia (USM) serta Universitas Muhammadiyah, Yogyakarta telah menganjurkan program latihan Takhrij Al-Hadith melalui Aplikasi Maktabah Syamilah 4.0.
Program pada 6 Mac ini berlangsung di Bilik Mesyuarat 1, Bangunan Canselori II, USM Pulau Pinang.
Seramai 30 peserta terdiri daripada pelajar universiti dan penyelidik USM serta pendakwah telah hadir menyertai latihan tersebut.
Program ini menerangkan kaedah Takhrij Hadith dengan menggunakan aplikasi Maktabah Syamilah 4.0 yang membantu mengenal pasti status sesuatu hadith.
Pengenalan berkenaan aplikasi Maktabah Syamilah 4.0 telah disampaikan oleh Ustaz Beta Pujangga Mukti, manakala pengenalan Takhrij Al-Hadith melalui aplikasi Maktabah Syamilah 4.0 ini disampaikan oleh Dekan ISDEV USM, Profesor Madya Dr. Shahir Akram Hassan.
Dr. Syakir Jamaluddin dari Universitas Muhammadiyah dalam sesi latihan ini pula, memberi pengisian tentang penelitian hadith dan praktikal pencarian sumber serta status hadith melalui aplikasi Maktabah Syamilah 4.0.
Hadir merasmikan bengkel latihan ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Ustaz Mohd. Fadzil Alias.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *