Gaya hidup ‘childfree’ makruh mengikut syarak – Mufti

KUALA LUMPUR: Hukum suami isteri yang tidak mahu memiliki anak secara sengaja yang semakin menjadi trend gaya hidup masyarakat yang menggunakan alasan ‘childfree’ untuk bebas daripada tanggungjawab adalah makruh mengikut syarak. Perkahwinan secara asasnya adalah fitrah dan memiliki tujuan tersendiri dalam syariat termasuk memiliki anak, selain Islam tidak mewajibkan atau melarang pasangan memiliki cahaya mata. […]

YADIM sedia bantu media massa semak kesahihan maklumat agama

Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) sedia membantu media massa dalam memastikan keshahihan maklumat agama dengan menyediakan perkhidmatan semakan skrip. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Yadim, Zamri Zainal Abidin, menegaskan badan dakwah itu mempunyai unit penyelidikan dakwah yang berpengalaman dalam membantu kerja-kerja penyemakan kesahihan fakta. “Hal ini adalah satu inisiatif daripada badan dakwah kami demi memastikan ketulenan […]

Jangan pandang ringan peranan zakat basmi kemiskinan

PUTRAJAYA: Peranan zakat tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan bantuan disalurkan membawa perubahan signifikan kepada golongan sasar, sekali gus membantu usaha pembasmian kemiskinan dan meningkatkan ekonomi umat Islam. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata zakat juga berperanan sebagai wahana untuk mengecilkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin […]

Personaliti radio, Faizal Ismail guna media sosial ajak orang daftar haji

MAKKAH: Penggunaan media sosial jika digunakan untuk menyalurkan perkara bagi mengajak orang mengerjakan kebaikan, maka baiklah jadinya hinggakan mendapat banyak maklum balas positif daripada orang lain. Personaliti radio dan televisyen, Faizal Ismail atau lebih dikenali dengan panggilan FBI menggunakan media sosial untuk mengajak melakukan perkara yang baik termasuk memindah naik hantaran mengenai tawaran menunaikan haji. […]

Umat Islam di Malaysia sambut Aidiladha 17 Jun

SHAH ALAM – Umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 17 Jun ini iaitu bersamaan dengan 10 Zulhijah 1445 Hijrah. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, Datuk Mohd Aseral Jusman pada Jumaat.  

Penyebaran ajaran sesat fizikal, media sosial membimbangkan- Mohd. Na’im

PUTRAJAYA – Penyebaran ajaran sesat di negara ini melibatkan medium fizikal dan media sosial disifatkan berada pada tahap membimbangkan serta perlu ditangani segera. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar berkata, kebimbangan itu wujud ekoran kumpulan ajaran sesat melihat adanya ruang daripada sudut undang-undang negara. “Keadaan itu membimbangkan (ajaran […]

JAKIM akan panggil Ustaz Don beri penjelasan

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan memanggil Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bagi mendapatkan perincian berhubung kontroversi dikaitkan dengan penceramah itu. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata pertemuan itu tidak perlu diadakan secara serius, sebaliknya berkonsepkan santai bagi merungkai permasalahan berkenaan. Beliau menasihati agamawan supaya berhati-hati […]

Thailand ingin belajar pengurusan jemaah haji dari Malaysia

Makkah: Melihat kepada beberapa kejayaan yang dicapai oleh Lembaga Tabung Haji (TH) dalam menguruskan jemaah haji di Tanah Suci Makkah, delegasi Thailand melalui Majlis Hal Ehwal Agama Islam Thailand dan Kementerian Dalam Negerinya, mengunjungi Ibu Pejabat Tabung Haji di sini, kelmarin. Ketua Rombongan Ketua Majlis Agama Islam Yala merangkap Penasihat Sheikhul Islam Thailand, Baba Abdul […]

Malaysia sokong kuat cadangan AS tamat konflik di Gaza – PM

PUTRAJAYA: Malaysia menyokong kuat cadangan Amerika Syarikat (AS) untuk menamatkan pertempuran di Gaza melalui gencatan senjata sepenuhnya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata cadangan Presiden AS Joe Biden bersama Qatar serta Mesir untuk meletakkan beberapa prinsip mencapai kedamaian segera yang lebih mantap di Palestin dan Israel khususnya bagi menghentikan serangan ganas ke […]

Polis siasat pemandu e-hailing hina agama, negara depan pelancong

KUALA LUMPUR: Polis menyiasat tindakan seorang pemandu e-hailing yang mengeluarkan kenyataan menghina agama Islam dan Malaysia kepada pelancong asing yang mana videonya diviralkan. Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata polis sudah menerima laporan daripada seorang peniaga berusia 49 tahun yang melihat video tersebut di aplikasi TikTok semasa berada di rumahnya di Kempas Baharu, […]