Home » Langit Terbuka » Jangan pandang ringan peranan zakat basmi kemiskinan

Jangan pandang ringan peranan zakat basmi kemiskinan

Zulkifli (dua dari kiri) melancarkan buku Institusi Zakat Dalam Membangun Malaysia MADANI, pada Majlis Perasmian Penutup Muzakarah Zakat Kebangsaan Ke-10, hari ini. Foto NSTP Samadi Ahmad

PUTRAJAYA: Peranan zakat tidak boleh dipandang ringan bagi memastikan bantuan disalurkan membawa perubahan signifikan kepada golongan sasar, sekali gus membantu usaha pembasmian kemiskinan dan meningkatkan ekonomi umat Islam.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan, berkata zakat juga berperanan sebagai wahana untuk mengecilkan jurang kekayaan antara golongan kaya dan miskin serta meningkat ekonomi umat Islam secara amnya.

Beliau berkata, dalam konteks Malaysia, institusi zakat memainkan peranan penting dalam memastikan kutipan dan agihan zakat diadakan secara adil dan efektif.

Katanya, bagi mencapai tujuan itu enam rukun MADANI iaitu kemampanan, kesejahteraan, daya cipta, hormat, keyakinan dan ihsan menjadi tonggak utama dalam memperkukuhkan peranan zakat.

Artikel Berkaitan

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *