Kerajaan akan perkasa sekolah pondok dengan teknologi baharu, AI

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memulih dan memartabatkan semula institusi pondok negara agar kekal menjadi benteng pertahanan akidah, akhlak dan sahsiah umat Islam selari dengan tuntutan semasa, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.   Beliau berkata, langkah itu melibatkan kerjasama antara Kementerian Kewangan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi memastikan sekolah agama dan […]

Kunjung hormat Universitas Muslim Indonesia (UMI)

YADIM telah diundang untuk bekerjasama dalam bidang dakwah, khususnya menggunakan kecerdasan buatan (AI), bersama Universitas Muslim Indonesia (UMI) bagi mengembangkan pendekatan dakwah digital yang lebih berkesan dalam menyampaikan mesej Islam kepada masyarakat serantau. Kerjasama ini dijangka membuka ruang kepada perkongsian kepakaran, latihan dan pendakwah antara keduanya sebagai usaha memperkasa penggunaan AI untuk memperluas capaian dakwah […]

Program Bicara Dakwah bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE)

YADIM Negeri Pahang meneruskan Program Bicara Dakwahnya bersama ahli Pusat Aktiviti Warga Emas (PAWE) Daerah Kuantan. Program yang berlangsung pada 28 Julai, di Pusat Aktiviti YADIM Negeri Pahang telah menarik hampir 50 orang peserta. Program ini dimulakan dengan Bicara Dakwah yang bertajuk ‘Seronoknya Cinta al-Quran’ yang telah dikendalikan oleh Penolong Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustazah […]

YADIM Terengganu: Tahsin Al-Quran di Surau Asrama PERKAYA Marang

PROGRAM YADIM Interaktif: Tahsin Al-Quran diteruskan secara konsisten setiap bulan di Surau Asrama PERKAYA Marang, hasil kerjasama erat antara YADIM Negeri Terengganu dan pihak asrama. Pada 27 Julai, seramai 180 orang pelajar telah menyertai sesi talaqqi al-Quran yang dibimbing oleh 10 orang guru berpengalaman yang merupakan satu usaha berterusan dalam memperkemas bacaan dan mendekatkan pelajar […]

YADIM Kelantan: Majlis Motivasi Dan Konsultasi Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5

SEKITAR Majlis Motivasi Dan Konsultasi Ibu Bapa Pelajar Tingkatan 5 2025 Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kiambang, Pasir Mas di Dewan Sri Permata di sekolah berkenaan pada 28 Julai. Disempurnakan oleh Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, ia disertai oleh seramai 300 pelajar dan ibu bapa mereka. Pengetua sekolah, Encik Mahasan Setapa, sebelum itu […]

Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor

LENSA Kuliah Bersemuka Maadah Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) Pendengaran Selangor 2025/Siri 6 di Pusat Dakwah OKU Pendengaran Selangor, Bangunan Perniagaan D’Kebun, Jalan Kebun, Klang pada 27 Julai. Program ini dianjurkan bersama oleh YADIM Negeri Selangor, Persatuan Pengajian Al-Quran dan Al-Hadis OKU Pendengaran Selangor (AQPS) serta Bahagian Dakwah Jabatan Agama Islam […]

SEBATI MADANI Kampung Orang Asli Sungai Gapoi

SEHARI Bersama Komuniti (SEBATI) Madani sekali lagi menyantuni pelbagai lapisan masyarakat menerusi penganjurannya. Bentong, Pahang menjadi lokasi terbaharu program YADIM menyantuni rakyat ini yang berlangsung pada 27 Julai di Kampung Orang Asli Sungai Gapoi. Program anjuran Bahagian Khidmat Bakti YADIM ini telah dijayakan dengan kerjasama Pejabat Pendidikan Daerah Bentong, Pejabat Pendaftaran Negara Daerah Bentong, Pejabat […]

Program Tahsin Ibadah Dan Kenduri Bubur Asyura

WARGA Taman Sri Nanding, Hulu Langat telah bergotong-royong dalam Program Tahsin Ibadah Dan Kenduri Bubur Asyura yang diadakan di Surau Al-Munir, di taman berkenaan pada 27 Julai. Program ini adalah anjuran YADIM Negeri Selangor dengan kerjasama Sukarelawan YADIM, Surau Al-Munir, Kawasan Rukun Tetangga, persatuan penduduk, peserta Industri Kecil Usahawan Nanding serta Persatuan Bomba dan Penyelamat […]

Program Tahsin Ibadah: Kursus Pengurusan Jenazah

YADIM Negeri Kedah dan Perlis bersama Majlis Amal Islami Malaysia dan Pertubuhan SALIMAH Negeri Kedah telah menganjurkan program Tahsin Ibadah: Kursus Pengurusan Jenazah pada 27 Julai. Program di Surau Kampung Padang Pulut, Jeneri, Sik ini telah dihadiri oleh seramai lebih 50 orang peserta. Pengisian program ini telah disampaikan oleh Ahli Zamalah YADIM Negeri Kedah dan […]

Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ)

YADIM Negeri Johor terus memperkukuh peranannya dalam pembangunan masyarakat apabila memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Kemajuan Perumahan Negeri Johor (PKPJ) bagi memperluas inisiatif dakwah dan pembangunan masyarakat. Melalui MoU ini, YADIM telah menempatkan seramai lima orang Daie Komuniti di lima lokasi Projek Perumahan Rakyat (PPR) terpilih iaitu PPR Kempas, PPR Cendana, PPR Desa Mutiara, […]