Home » Langit Terbuka » Cadangan Greece bina masjid dipercepatkan

Cadangan Greece bina masjid dipercepatkan

ATHENS, 24 Ogos – Cadangan Greece membina sebuah masjid bernilai RM 440 juta yang dibiayai kerajaan berhampiran tengah bandar itu akan dipercepatkan.

Cadangan berkenaan dikatakan menjadi khabar gembira buat umat Islam negara itu berikutan hampir 200 tahun lalu Greece menghalang sebarang pembinaan tempat ibadah untuk orang Islam.

Baru-baru ini kerajaan Greece memaklumkan rang undang-undang untuk mempercepatkan rancangan pembinaan masjid di kawasan kejiranan Votanikos di Athens telah diluluskan.

Datuk Bandar, Giorgos Kaminis berkata, rang undang-undang baharu itu merupakan langkah tegas yang baik dalam menghormati hak kebebasan agama.

Ia berikutan, sebelum ini sebelum ini difaham terdapat puluhan ribu pendatang Islam telah menetap di ibu kota negara berkenaan, namun mereka hanya menggunakan bilik solat tidak rasmi di kawasan sekitar.

Difahamkan, tiada masjid baharu dibangunkan sejak pemerintahan Empayar Uthmaniyyah berakhir di Greece pada 1829.

Jumlah orang Islam di Greece kini meningkat berikutan krisis pelarian tahun lalu, apabila negara itu berada di antara laluan transit sibuk pendatang yang melarikan diri ke benua Eropah. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *