Home » Citra Yadim » Cemerlang Dunia, Cemerlang Akhirat

Cemerlang Dunia, Cemerlang Akhirat

BATU KURAU – Bertempat di Pusat Pengajian Amal, Kampung Perak di sini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) telah meneruskan Siri Jelajah Wacana Pemantapan Aqidah Negeri Perak pada 17 September lalu.

Program ini melibatkan penceramah terkenal tanah air, Ustaz Tarmizi Abdul Razak, yang menyampaikan ceramah bertajuk “”Cemerlang Dunia Cemerlang Akhirat’.

Seramai kira kira 150 penduduk dari kawasan sekitar menghadiri program pengisian ilmu ini. Beliau menekankan betapa pentingnya menyeimbangkan usaha ‘mengejar’ dunia dan akhirat.

Eksekutif Kanan YADIM Zon Utara, Ustaz Afifi Ruslan, selaku penyelaras program tersebut berkata, sasaran program ini aalah untuk meneguhkan lagi aqidah para pesertanya.

‘Kita yakin, IsnyaAllah para peserta sudah memiliki asas aqidah yang mantap, justeru kita sasarkan untuk memantapkan lagi pegangan masing masing dengan pengetahuan mendalam,’ujarnya.

Artikel Berkaitan

Dialah Muhammad Rasulullah SAW

Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan. Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *