Allah menjadikan musuhnya gerun dan takut sebelum menemuinya dalam jarak tempoh sebulan.
Jabir bin Abdullah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Aku dikurniakan lima keistimewaan yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku. Iaitu, Allah menolongku dengan membuat musuhku merasa takut sebelum menemuiku dalam jarak tempoh sebulan. Allah menjadikan bumi sebagai masjid dan suci bagiku. Untuk itu, di mana sahaja umatku ketika waktu solat maka solatlah. Allah juga menjadikan harta rampasan perang halal bagiku yang tidak dihalalkan bagi siapa pun sebelumku. Allah menganugerahkan aku dengan keistimewaan memberi syafaat. Selain itu, biasanya seorang nabi hanya diutus khusus kepada kaumnya, tetapi aku diutus untuk seluruh umat manusia,” (HR Bukhari)
Pemimpin bani Adam, penutup para nabi dan Allah SWT mengutusnya kepada seluruh umat manusia.
“Aku pemimpin bani Adam pada hari kiamat nanti, orang yang pertama dibangkitkan dari perut bumi, dan orang pertama memberi syafaat juga menerima syafaat.” (HR Muslim dari hadis al-Auza’i)
Terpelihara daripada dosa
Dari Abdullah Mas’ud R.A., Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Setiap orang daripada kamu pasti disertai jin qarinnya. Para sahabat bertanya: ‘Juga bagi kamu, Rasulullah?’ Baginda menjawab: ‘Bagiku juga. Walau bagaimanapun, Allah melindungi aku darinya dengan menjadikannya sebagai jin Muslim. Dengan demikian, dia hanya menggesa pada hal yang baik.” (HR Muslim)
Di antara kedua bahunya ada tanda kenabian.
Al-Ju aid meriwayatkan bahawa dia mendengar as-Saib berkata: “Aku bersama pembantu pergi menemui Rasulullah. Setelah bertemu Baginda, pembantu ku berkata: ‘Ya Rasulullah, anak saudara ku ini kurang sihat.’ Kemudian Rasulullah mengusap kepala ku dan mendoakan keberkatan untukku. Lalu Baginda berwuduk dan meminum air wuduknya. Saat berdiri di belakang Baginda, aku melihat di antara kedua bahunya terdapat khatam kenabian seperti sebiji telur puyuh,” (HR Bukhari)
Matanya terpejam hatinya tetap terjaga.
Dalam riwayat Jabir bin Abdillah, suatu hari Nabi Muhammad SAW dikelilingi para malaikat ketika Baginda sedang tidur. Sebahagian dari para malaikat berkata: “Baginda sedang tidur”, sebahagian dari mereka berkata: “Mata dan hati Baginda terbangun,” sebahagian dari mereka membantah hal tersebut dan berkata: “Mata Baginda terlelap, akan tetapi hatinya tetap terjaga.”
Hal ini dikuatkan dari riwayat Anas bin Malik yang bermaksud: “Hingga pada malam berikutnya mereka mendatangi Baginda (Nabi Muhammad SAW) lagi, yang ketika itu hati (Baginda) melihat, mata Baginda tidur namun tidak untuk hatinya.” (HR Bukhari)
– Majalah Dakwah YADIM, Isu. 058



KOMEN