Home » Langit Terbuka » Fatimah Az-Zahra bakal ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan

Fatimah Az-Zahra bakal ditahnik Mufti Wilayah Persekutuan

Imej pertama yang dimuat naik Siti Nurhaliza sehari selepas selamat melahirkan cahaya mata pertamanya dengan Datuk Khalid. - Foto Instagram Siti Nurhaliza

SUAMI kepada penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau lebih dikenali sebagai Datuk K, telah menyampaikan hajat mengundang Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Dzulkifli al-Bakri menyempurnakan tahnik, cukur rambut sempena majlis akikah anaknya, hujung minggu ini.

“Alhamdulillah Siti Nurhaliza dan baby sihat serta masih di hospital…” ujar Datuk K penuh kegembiraan semasa bertemu di pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.

Menurut Datuk K juga, nama penuh puteri sulungnya itu akan diumumkan semasa majlis akikah kelak.

Buat sementara itu, bayi tersebut hanya dipanggil Fatimah az-Zahra sempena nama anak Rasulullah SAW.

Siti Nurhaliza melahirkan bayi dengan berat 3.55 kilogram kira-kira pukul 8.17 pagi pada Isnin lalu secara pembedahan. – SINAR HARIAN

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *