Home » Langit Terbuka » FGV Perlu 2 Bulan Laksana Siasatan Forensik

FGV Perlu 2 Bulan Laksana Siasatan Forensik

Pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV), Datuk Wira Azhar Abdul Hamid

KUALA LUMPUR – Felda Global Venture Holdings Bhd (FGV) memerlukan sekurang-kurangnya dua bulan untuk melaksanakan siasatan forensik terhadap beberapa pelaburan yang dilakukan syarikat tersebut sebelum ini temasuk pelaburan dalam Asian Plantations Ltd.

Menurut Pengerusinya, Datuk Azhar Abdul Hamid, FGV telah melantik sebuah firma guaman di London bagi memastikan siasatan bukan hanya tertumpu kepada aspek perakaunan sahaja tetapi juga perundangan.

“Pastinya kami juga mahu ia menjadi kes sivil, sekurang-kurangnya.

“FGV telah membayar sebanyak RM1.1 bilion untuk pelaburan dalam Asian Plantations dan saya sendiri telah melawat ladang tersebut.

“Saya dapati ada kawasan yang tiada penanaman,” katanya semasa sidang media di sini hari ini.

FGV juga menurut Azhar telah memulakan tindakan undang-undang kepada pelanggan Delima Oil Sdn. Bhd., Safitex Trading LLC bagi mendapatkan semula wang berjumlah AS$11 juta daripada syarikat tersebut.

“Sudah tentu kami mahukan wang itu semula.

“Jumlahnya banyak dan boleh menyumbang kepada keuntungan syarikat,” katanya. – MALAYSIAGAZETTE

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *