Home » Citra Yadim » Iftar YADIM bersama Persatuan OKU Penglihatan

Iftar YADIM bersama Persatuan OKU Penglihatan

BANDAR PERDA – Sebagai meraikan golongan Orang Kurang Upaya Penglihatan di negeri ini, Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Pulau Pinang pada 8 Mei telah mengadakan majlis berbuka puasa bersama mereka.

Program di Barastar Cafe di sini, turut dihadiri Ahli Lembaga Pemegang Amanah YADIM, Mohd Zikri Zulkifli.

Seramai 60 OKU termasuk ahli keluarga mereka hadir ke program ini.

Majlis dimulakan dengan tahlil arwah sebelum acara sumbangan duit raya dari CIMB Islamic Bank Berhad yang disampaikan Mohd Zikri.

Hadir sama ke majlis ini ialah Pengarah YADIM Pulau Pinang, Mohd Afifi Ruslan dan Pengerusi Persatuan Orang Kurang Upaya Penglihatan Pulau Pinang, Tarmizi Yusof.

Tarmizi mengucapkan terima kasih atas penganjuran program ini yang menurutnya menunjukkan keprihatinan kepada golongan itu.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *