Home » Langit Terbuka » Iran terus bergolak

Iran terus bergolak

LONDON 1 Jan – Penunjuk perasaan antikerajaan mengadakan demonstrasi buat hari keempat di Iran semalam tanpa mempedulikan amaran pihak berkuasa, antara cabaran paling sengit kepada kepemimpinan ulama sejak ketegangan propembaharuan pada 2009.

Setakat ini, dua terbunuh dan ratusan lagi ditahan.

Dalam reaksi pertamanya kepada bantahan itu, Presiden Hassan Rouhani meminta penduduk bertenang, berkata rakyat Iran berhak membantah dan mengkritik pihak berkuasa.

Namun beliau memberi amaran: “Kerajaan tidak akan bertolak ansur kerana mereka yang merosakkan harta benda awam, melanggar arahan umum dan mencetuskan ketegangan dalam masyarakat”.

Puluhan ribu penduduk membantah di seluruh negara itu sejak Khamis lalu, menentang kerajaan Republik Islam itu dan golongan elit ulama.

Polis di tengah Tehran menggunakan meriam air untuk cuba menyuraikan penunjuk perasaan, berdasarkan gambar yang di media sosial.

Demonstrasi bertukar ganas di Shahin Shahr di tengah Iran. Video menunjukkan penunjuk perasaan menyerang polis, menterbalikkan kereta dan membakarnya.

Penunjuk perasaan pada awalnya meluahkan kemarahan berhubung kesukaran ekonomi dan dakwaan rasuah tetapi bertukar bermotifkan politik, dengan semakin ramai menggesa pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei meletak jawatan. – Reuters

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *