Home » Langit Terbuka » Israel tembak mati dua remaja Palestin

Israel tembak mati dua remaja Palestin

Demonstrasi oleh rakyat Palestin di kawasan berhampiran sempadan Israel. FOTO : Reuters

GAZA 12 Jan. – Dua remaja Palestin ditembak mati tentera Israel dalam dua pertempuran berasingan di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat.

Menurut sumber perubatan Palestin dan beberapa saksi, seorang remaja berusia 16 terbunuh dan dua cedera ketika bertempur dengan tentera Israel berhampiran sempadan Gaza-Israel.

Dalam kejadian itu, mereka didakwa membaling batu ke arah tentera Israel.

Jurucakap tentera Israel berkata, rusuhan ganas meletus di dua lokasi sepanjang sempadan Gaza dan 50 penduduk Palestin menyertainya, membaling batu dan menggolekkan tayar yang terbakar ke arah anggota tentera.

Remaja kedua yang juga berusia 16 tahun maut dalam rusuhan di kampung Bureen berhampiran Nablus di tengah Tebing Barat. – Reuters

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *