Home » Langit Terbuka » Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Jakim perkenal pensijilan halal bagi peranti perubatan suku ketiga 2018

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee.

PUTRAJAYA 8 Feb. – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dijangka dapat memperkenalkan pensijilan halal untuk peranti perubatan pada suku ketiga tahun ini.

Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pensijilan halal bagi peranti perubatan itu yang dirangka bersama Jabatan Standard Malaysia kini di peringkat akhir iaitu mengumpulkan maklum balas awam.

“Apabila sijil halal peranti perubatan dilaksanakan nanti, antara yang akan menerima sijil halal itu ialah tulang sintetik yang dihasilkan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bersama Sirim,” katanya kepada pemberita pada majlis prapelancaran Persidangan Halal Antarabangsa Malaysia 2018 di sini pada Khamis.

Katanya terdapat industri yang menunggu pensijilan halal peranti perubatan Jakim iaitu syarikat pengeluar bahan cecair yang digunakan dalam mesin dialisis.

Mengenai persidangan yang akan berlangsung dari 26 Mac hingga 3 April depan, Sirajuddin berkata lebih 900 peserta dari sekurang- kurangnya 42 negara dijangka menyertai persidangan itu.

Bertemakan ‘Halal Connecting the World’, persidangan itu melibatkan empat acara iaitu kursus ‘Halal Professional Board’, ‘International Halal Capacity Development Programme’, ‘Halal Certification Bodies Convention’ dan ‘International Halal Authority Board General Assembly’.

Persidangan berkenaan merupakan platform yang paling sesuai untuk menjalinkan persefahaman antara badan-badan pensijilan halal seluruh dunia agar dapat mencapai kata sepakat dalam isu berkaitan perkhidmatan halal, katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *