Home » Langit Terbuka » Jangan kaitkan SST dengan kenaikan harga barang

Jangan kaitkan SST dengan kenaikan harga barang

Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia berkata, cukai hanya satu komponen kecil dan ada faktor lain yang mempengaruhi serta menentukan harga barang

SEPANG – Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Datuk Seri T Subromaniam menggesa rakyat tidak mengaitkan kenaikan harga barang dengan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Beliau berkata, cukai hanya satu komponen kecil dan ada faktor lain yang mempengaruhi serta menentukan harga barang.

“(Faktor itu termasuk) permintaan dan bekalan, kadar pertukaran mata wang, faktor musim dan putaran semasa barang itu sendiri,” katanya.

Kerajaan memperkenalkan semula SST untuk menggantikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) mulai 1 September lalu.

Di bawah SST, 10% dikenakan untuk cukai jualan, manakala 6% bagi cukai perkhidmatan.

Subromaniam berkata, pihaknya tidak berdepan masalah besar selepas sebulan pelaksanaan SST. -FreMalaysiaToday

 

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *