Home » Langit Terbuka » LZS sumbangkan van jenazah kepada 10 masjid

LZS sumbangkan van jenazah kepada 10 masjid

Anggota Dewan Undangan Negeri Sri Serdang Noor Hanim Ismail (empat dari kiri) bersama Pengerusi Masjid Sri Aman Mohd Nordin Ali (kanan) dan penerima sumbangan melihat van jenazah yang disumbang oleh Lembaga Zakat Selangor di Masjid Sri Aman hari ini. - Foto BERNAMA

PUCHONG: Lembaga Zakat Selangor (LZS) membelanjakan sebanyak RM1.2 juta bagi membeli 10 van jenazah untuk disumbangkan kepada 10 masjid di Selangor.

Masjid yang menerima van itu ialah Masjid Kariah Kampung Kuala Perdik, Masjid Kariah Lubuk Kelubi dan Masjid Kariah Kampung Jawa di Hulu Langat; Masjid Kariah Sungai Kembong Hilir (Kajang); Masjid Al-Ubudiah, Kerling dan Masjid Nurul Husna FELDA Sungai Tengi Selatan (Hulu Selangor).

Turut menerima van itu ialah Masjid al-Taqwa Kampung Sungai Yu di Kuala Selangor; Masjid Ar Ridzuan, Kampung Bestari Jaya (Bestari Jaya), Masjid An-Nur Kampung Kanchong Tengah (Banting) dan Masjid Kampung Seri Aman, Puchong.

Ketua Operasi Agihan Asnaf LZS, Abdul Basith Hamid, berkata sejak tahun 2013 hingga kini, pihaknya sudah membelanjakan sebanyak RM6 juta untuk membeli 50 van jenazah yang setiap satu berharga kira-kira RM120,00.

“Sumbangan van jenazah ini sudah menjadi sebahagian daripada tanggungjawab kami di LZS dalam menunaikan amanah 270,000 pengeluar zakat di Selangor.

“Kami harap masjid yang menerima van jenazah ini dapat memanfaatkan dengan sebaik-baiknya,” katannya di majlis penyerahan van jenazah sumbangan LZS di Masjid Kampung Seri Aman, di sini, hari ini.

Ketua Kampung Seri Aman, Mohd Asri Yunus, berkata dengan sumbangan van jenazah dari LZS akan memudahkan urusan dan menampung keperluan 5,000 ahli kariah yang merangkumi lima kampung dan empat taman perumahan.

“Sebelum ini, kami terpaksa meminjam dari masjid berhampiran apabila berlaku kematian kerana ketiadaan van jenazah di masjid ini,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *