Home » Langit Terbuka » Mufti kecam kenyataan Setiausaha Agung PBB mengenai Masjidil Aqsa

Mufti kecam kenyataan Setiausaha Agung PBB mengenai Masjidil Aqsa

JERUSALEM, 1 Februari – Mufti Jerusalem, Sheikh Mohamed Hussein mengecam kenyataan Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, dalam temu bual bersama radio rejim Zionis, mengenai Masjidil Aqsa, semalam.

Dalam temu bual itu, Guterres memberitahu radio rejim bahawa adalah jelas kuil yang dimusnahkan oleh Rom di Jerusalem adalah milik Yahudi.

Gutterres menyokong dakwaan Israel bahawa kuil Yahudi berada di atas tapak Masjidil Aqsa sejak lebih 1,300 tahun lalu.

Dalam satu kenyataannya, Sheikh Mohamed Hussein berkata:

“Al-Aqsa adalah masjid bagi muslim dan umat Islam sahaja. Tiada siapa boleh berkongsi hak atau mempunyai hak untuk campur tangan dalam urusan dan keperluannya. Ia penting, terutama kepada umat Islam di seluruh dunia dan apa-apa keputusan yang menyentuhnya adalah berbahaya dan mesti dikecam.”

“Kami mengingatkan Gutterres mengenai resolusi UNESCO bahawa Masjid Al-Aqsa hanyalah untuk umat Islam dan tiada hubungan dengan kependudukan Israel, masjid, dinding atau halamannya.”

Beliau menyifatkan kenyataan Gutterres sebagai pelanggaran berbahaya terhadap status quo yang dipersetujui peringkat antarabangsa.

Sementara itu, Sheikh Mohamed Hussein menggesa Gutterres menyemak semula resolusi UNESCO, Majlis Keselamatan PBB dan kumpulan antarabangsa berhubung Jerusalem dan Masjid Al-Aqsa. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *