Home » Langit Terbuka » Mufti Menk berdoa untuk Siti

Mufti Menk berdoa untuk Siti

Paparan Siti Nurhaliza yang menyatakan kegembiraanya apabila menerima mesej daaripada Mufti Menk atas ingatan dan mendoakan proses kelahiran bayi ini dipermudahkan.

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Siti Nurhaliza berkongsi kegembiraan apabila pendakwah terkenal, Ismail Menk atau Mufti Menk mendoakan kesejahteraan dirinya yang sedang menunggu masa untuk melahirkan cahaya mata pertama.

Siti, 39, memberitahu, Menk yang mengutus rakaman suara ke telefon pintar suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, berharap proses kelahiran bayi mereka dipermudahkan.

‘”Alhamdulillah terharu dan dengan rasa rendah hati, saya mengucapkan terima kasih kepada Mufti Menk atas ingatan dan mendoakan proses kelahiran bayi ini dipermudahkan.

“Beliau menghantar pesanan di telefon bimbit suami dan mendoakan kesejahteraan kami. Terima kasih buat seorang insan yang diketahui berhati mulia,” luah penyanyi lagu Comel Pipi Merah itu pada status Instagram.

Menerusi rakaman berdurasi 37 saat yang dikongsi kira-kira dua jam lalu, Menk turut menyifatkan berita kehamilan itu sebagai anugerah terindah daripada Allah dan wajar disambut dengan penuh kegembiraan.

“Semoga bayi ini akan membawa kebahagiaan dalam keluarga anda dan menjadi penyejuk mata buat kamu berdua,” katanya.

Sehingga kini, perkongsian itu menerima lebih 130,000 tontonan pengikut Siti.- BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *