Home » Langit Terbuka » Peruntukan Kepada Negeri Mestilah Adil – Wan Azizah

Peruntukan Kepada Negeri Mestilah Adil – Wan Azizah

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata polisi kerajaan persekutuan itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wakil kerajaan negeri

PUTRAJAYA – Kerajaan Persekutuan pimpinan Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan akan menyalurkan peruntukan kepada kerajaan negeri secara adil dengan mengambil kira kemampuan kewangan setiap negeri.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata polisi kerajaan persekutuan itu dinyatakan sendiri Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada wakil kerajaan negeri pada mesyuarat Majlis Kewangan Negara, di sini hari ini.

“Perdana Menteri mengatakan bahawa kerajaan persekutuan mestilah adil.

“Sesetengah negeri yang kaya boleh menampung (perbelanjaan) berbanding negeri-negeri yang miskin yang sepatutnya mendapat lebih lagi peruntukan,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat itu.

Wan Azizah berkata kerajaan persekutuan juga mengamalkan polisi adil kepada kerajaan negeri yang diterajui pembangkang.

“Walaupun tidak bersama dengan kerajaan persekutuan, (peruntukan) akan disalurkan, tetapi mestilah (akhirnya sampai) kepada rakyat tanpa mengira parti,” katanya. – BERNAMA

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *