Home » Langit Terbuka » PH Jamin Kedudukan Bahasa Melayu – Anwar

PH Jamin Kedudukan Bahasa Melayu – Anwar

Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap di Majlis Iftar Perdana bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Manjoi, Ipoh. - Foto Muhaizan Yahya

IPOH – Pakatan Harapan (PH) memberi jaminan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan akan terus dimartabatkan dan tidak akan bertolak ansur terhadap mana-mana pihak yang cuba mencabar kedudukan itu.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jaminan itu diberikan berikutan terdapat kebimbangan dalam kalangan sesetengah pihak mengenai kedudukan bahasa itu selepas kerajaan PH mengambil alih Kerajaan Persekutuan.

Katanya, semua acara rasmi sama ada di peringkat Persekutuan atau negeri ditadbir PH mesti mendaulatkan bahasa Kebangsaan.

“Bagaimanapun, kita kena juga bersikap terbuka jika ingin berjaya dengan menguasai Bahasa Inggeris dengan baik.

“Sementara, bahasa Cina pula sudah jadi bahasa perdagangan, jadi jangan halang jika anak Melayu, anak Cina dan India mahu menguasai bahasa itu, malah kita perlu bantu.

“Bagaimanapun, bahasa Melayu (sebagai bahasa kebangsaan) tidak boleh bertolak ansur, mengenai bahasa, jangan bimbang,” katanya berucap pada majlis Iftar Perdana Bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kampung Manjoi di sini hari ini.

Hadir sama, Menteri Besar Perak, Ahmad Faizal Azumu – BERITA HARIAN

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *