Home » Persuasif » Pintu-pintu kemasukan syaitan ke dalam jiwa manusia

Pintu-pintu kemasukan syaitan ke dalam jiwa manusia

SYAITAN ialah musuh yang nyata, ia selalu mengintai-intai kepada mana-mana ruang, lubang dan pintu yang terbuka untuk dimasuki serta licik menguasai hati seseorang. Apabila terdapatnya sifat-sifat tercela dalam diri manusia, pintu-pintu yang tidak kukuh dan bentengnya tidak kuat ini akan mulai goyah, maka mudahlah bagi syaitan untuk menerobos masuk menerusi pintu-pintu tersebut.

Syaitan akan memerintahkan manusia supaya menuruti segala kehendaknya yang jahat dengan melanggar perintah Allah SWT seperti meminum minuman yang memabukkan, derhaka kepada kedua ibu bapa dan guru, derhaka kepada ketua dan mengkhianati amanah, malas mendirikan sembahyang, berzina, bergaduh, menyakiti yang lain dan sebagainya. Apabila terdapatnya sifat-sifat tercela dalam diri manusia. Pintu-pintu yang tidak kukuh dan bentengnya tidak kuat ini akan mulai goyah, maka mudahlah bagi syaitan untuk menerobos mask menerusi pintu-pintu tersebut.

Kemasukan syaitan jin ke dalam tubuh badan manusia melalui beberapa peringkat, di antaranya:

  1. Syaitan masuk dengan cara membawa kepada lalai, lupa dan malas dalam menjalankan kewajipan terhadap Allah SWT serta Rasul-Nya seperti solat atau berzikir.
  2. Syaitan memasuki ke dalam badan manusia dan menyebabkan demam atau sakit di bahagian-bahagian tertentu pada badan seperti sawan, menangis, menjerit ataupun keadaan seorang kanak-kanak yang menangis dengan meraung-raung.
  3. Syaitan memasuki ke dalam badan manusia dan menguasai dirinya sehingga mereka tidak sedarkan diri lalu dapat mengawal lidah manusia dalam pelbagai bahasa syaitan, sedangkan tuan badan tidak pernah bercakap dalam bahasa itu sebelum ini. Ada sesetengah keadaan, seseorang itu dibawa oleh syaitan ke sebuah tempat yang dia tidak pernah pergi sebelum ini dalam keadaan dia tidak sedarkan diri.

Oleh sebab itu, menjadi kewajipan kepada kita untuk menutup segera pintu-pintu tersebut dengan berusaha membersihkan hati dengan cara meminta perlindungan dengan Allah dari segala tipu muslihat syaitan. Lazimkan lidah dengan berzikir dan mengingati Allah cara ini mampu menjadi benteng dan kekuatan untuk diri kita.

– Majalah Dakwah YADIM, Isu. 056

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *