Home » Langit Terbuka » Platform digital kurangkan halangan kemasukan produk halal

Platform digital kurangkan halangan kemasukan produk halal

Malaysia harus memanfaatkan industri halal yang telah merekodkan eksport bernilai RM45 bilion tahun lalu, ujar Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri

KUALA LUMPUR – Pembangunan baharu platform digital berkaitan industri halal dilihat mampu mengurangkan halangan kemasukan produk-produk halal ke seluruh dunia.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Ignatius Darrell Leiking berkata, platform seperti Global Halal Datapool dan Verify Halal yang dibangunkan Serunai Commerce merupakan antara contoh pengunaan digital yang akan memudahkan syarikat-syarikat terlibat.

Jelasnya, Malaysia harus memanfaatkan industri halal yang telah merekodkan eksport bernilai RM45 bilion tahun lalu.

“Antara sektor yang berpotensi dalam industri ini termasuklah makanan dan minuman (F&B), kosmetik dan farmaseutikal” katanya pada Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Perniagaan Arab Malaysia (AMCC) di sini hari ini.

Yang turut hadir, Presiden AMCC, Mohamed Fauzy dan Pengarah Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Dr. Sirajuddin Suhaimee. – Utusan Malaysia

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *