Home » YADIM MADANI » Program Mahabbah Madani Umara’ dan Ulama’ Pondok Kelantan

Program Mahabbah Madani Umara’ dan Ulama’ Pondok Kelantan

PERDANA Menteri, Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada 8 Ogos telah menghadiri Program Mahabbah Madani Umara’ dan Ulama’ Pondok Kelantan yang berlangsung penuh harmoni di Pusat Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK).
Program yang bertujuan mempererat hubungan antara kepimpinan negara dan institusi pondok ini dimulakan dengan solat Asar berjemaah, sebelum diikuti dengan Majlis Khatam al-Quran. YADIM Negeri Kelantan merupakan rakan kerjasama penganjuran program ini.
Majlis turut diserikan dengan bacaan Hizbu al-Bahar yang dipimpin oleh Mudir Sekolah Menengah Agama Nahdhah Hasanah, Melele, Kodiang, Kedah, Syeikh Haji Mohd Jamil Sadaqi Dato’ Mursyid Diraja Al-Marhum Syeikh Tajuddin Al-Jarumi,
Selepas solat Maghrib berjemaah, acara diteruskan dengan bacaan Hizbu Imam al-Ghazali oleh Mudir Pusat Pengajian Pondok YIK, Syeikh Mohamad Aziz bin Che Man.
Perdana Menteri seterusnya tiba untuk menunaikan solat Isyak berjemaah bersama hadirin. Ketibaan beliau disambut antaranya oleh Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Dato’ Panglima Perang Ustaz Dato’ Haji Mohd Nassuruddin Haji Daud, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Yang Berhormat Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Mokhtar dan Menteri Pendidikan Tinggi, Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Turut sama ialah Yang Dipertua YADIM, Datuk Dr. Hasan Bahrom, timbalannya, Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin, Ahli Lembaga Pemegang Amanah, Haji Amidi Dato’ Abdul Manan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Ustaz Zamri Zainal Abidin, Pengarah YADIM Negeri Kelantan, Ustaz Haji Mahadi Awang, ketua-ketua jabatan serta tokoh-tokoh ulama pondok dari seluruh Kelantan dan Pattani, Thailand.
Perdana Menteri telah menyantuni dan beramah mesra bersama guru-guru pondok dan para tetamu yang hadir ke program ini dalam suasana penuh mahabbah dan silaturrahim.
Beliau telah mendengar sendiri pandangan dan cadangan para guru pondok yang hadir berkenaan isu semasa berkaitan Islam di negara ini, sekaligus membuktikan kepedulian dan keprihatinan beliau terhadap mereka.
Program ini merupakan sebahagian pengisian program beliau di Kelantan. Seterusnya pada 9 Ogos, beliau akan menyempurnakan program Ijtimak Madani Ulama Dan Guru Pondok Kelantan 2025 di Universiti Teknologi MARA Cawangan Kelantan, Kampus Machang.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari. Pengarah

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *