Home » Citra Yadim » Program Penghayatan Israk Mikraj

Program Penghayatan Israk Mikraj

YADIM telah terlibat sama menyantuni komuniti Jabatan Penjara Negeri Pahang menerusi program Bicara Dakwah Madani Israk dan Mikraj pada 26 Januari.

Pengarah YADIM Negeri Pahang, Ustaz Alwi Muda telah menyampaikan pengisian bertajuk “Penghayatan Sebuah Perjalanan” dalam program tersebut yang dilaksanakan di Surau Ladang RISDA Kampung Awah, Maran.

Program ini bertujuan menghayati peristiwa agung Israk dan Mikraj sebagai satu perjalanan luar biasa Rasulullah SAW yang sarat dengan pengajaran berkaitan keimanan, ketaatan serta kepentingan solat dalam kehidupan seharian.

Pengisian ceramah yang disampaikan diharap dapat memberi kefahaman dan kesedaran kepada para peserta khususnya dalam memperkukuh pegangan agama dan pembinaan sahsiah diri.

Turut hadir ialah Timbalan Pengarah Penjara Negeri Pahang, Penolong Kanan Komisioner Mohd Rusli Abd Rahman serta Pengurus Ladang RISDA Kampung Awah, Encik Mohd Iswadi Firdaus Ahmad Shabri.

Diharapkan program seumpama ini dapat memberi impak berterusan kepada para peserta di samping memperkukuh kerjasama antara YADIM, Jabatan Penjara dan pihak pengurusan setempat dalam usaha membimbing masyarakat ke arah kehidupan yang lebih berlandaskan nilai-nilai Islam.

Artikel Berkaitan

Pengurusan Nafkah Dalam Keluarga

Secara prinsipnya, fitrah kewajipan memberikan nafkah merupakan tanggungjawab suami sehingga wajib bekerja dengan baik melalui usaha yang halal dan wanita sebagai kaum

Analisis solat dan kesihatan

Otot Profesor Ir. Dr. Wan Abu Bakar Wan Abas yang mengkaji aktiviti otot memberitahu manusia perlu sentiasa melakukan regangan dan senaman kerana

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *