Home » Langit Terbuka » Rasuah: Orang kuat Netanyahu berpaling tadah

Rasuah: Orang kuat Netanyahu berpaling tadah

Shlomo Filber

BAITULMUQADDIS 21 Feb. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu menerima tamparan hebat apabila salah seorang orang kepercayaannya bersetuju untuk memberi keterangan terhadapnya berhubung siasatan kes rasuah.

Shlomo Filber, yang merupakan rakan rapat Netanyahu selama 20 tahun dan bekas Pengarah Besar Kementerian Komunikasi dijangka bersetuju menjadi saksi dalam kes itu bagi mengelak hukuman penjara, lapor media tempatan.

Walau bagaimanapun pihak polis masih belum mengesahkan kenyataan itu.

Filber ditahan pada Ahad lalu ekoran tuduhan bahawa pemilik telekomunikasi gergasi Israel, Bezeq telah memberi liputan positif terhadap Netanyahu melalui laman berita, Walla sebagai pertukaran polisi yang memberi keuntungan terhadap perniagaannya.

Tertuduh disyaki menjadi orang tengah antara Netanyahu dengan Elovitch serta mempromosikan perubahan perundangan yang memberi keuntungan jutaan ringgit kepada Bezeq. – AFP

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *