Home » Langit Terbuka » RUU Mufti kukuhkan institusi fatwa di Malaysia

RUU Mufti kukuhkan institusi fatwa di Malaysia

Dr. Mohd Sukki Othman

Georgetown: Rang Undang-Undang Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 mampu mengukuhkan lagi institusi fatwa di Malaysia, kata Mufti Pulau Pinang Prof Madya Dr Mohd Sukki Othman.

Beliau berkata, sudah semestinya pelantikan Mufti dan Timbalan Mufti terdiri daripada mereka yang berpegang dengan akidah Ahli Sunah Waljamaah.

“Berpegang kepada akidah Ahli Sunah Waljamaah jelas menolak pandangan ekstrem yang boleh merosakkan umat dan memecah belahkan perpaduan dalam masyarakat.

“Sehubungan itu, saya bersetuju dengan RUU berkenaan kerana ia akan mengukuhkan lagi institusi fatwa di Malaysia,” katanya ketika dihubungi.

“Juga perlu berkebolehan dalam bidang hadis, berpengetahuan mendalam mengenai ilmu fiqh dan lain-lain syarat yang sudah dibincangkan oleh Fuqaha,” katanya lagi.

Pada 2 Julai lalu, RUU Mufti (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2024 dibentangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar bagi bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.

Menerusi rang undang-undang itu, ia juga memperincikan mengenai penubuhan Jawatankuasa Fatwa Wilayah-Wilayah Persekutuan, Jawatankuasa Falak Syarie, Jawatankuasa Rukyah Hilal, Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam dengan dipengerusikan mufti.

 

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *