Home » Langit Terbuka » Sekat negara Islam masuk AS, tiga lagi negeri saman pentadbiran Trump

Sekat negara Islam masuk AS, tiga lagi negeri saman pentadbiran Trump

SAN FRANCISCO, 1 Februari – Selain Washington, tiga lagi negeri di Amerika Syarikat mengambil tindakan undang-undang terhadap pentadbiran Presiden negara itu, Donald Trump.

Tiga negeri terbabit ialah Massachusetts, New York dan Virginia mengambil tindakan demikian susulan pelaksanaan dasar imigresen yang menyekat rakyat daripada tujuh negara majoriti Islam masuk ke negara berkenaan.

Cabaran perundangan itu mendakwa perintah Trump melanggar Perlembagaan AS yang menjamin kebebasan beragama.

San Francisco dilaporkam menjadi bandar AS pertama menyaman untuk mencabar arahan Trump untuk menahan pengeluaran wang persekutuan dari bandar-bandar di Amerika Syarikat yang mengguna pakai dasar perlindungan terhadap pendatang tanpa izin.

Peguam Negara New York dan Virginia memberitahu, negeri mereka turut menyertai tindakan undang-undang sama yang difailkan di mahkamah persekutuan masing-masing bagi mencabar larangan itu. – Agensi

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *