Home » Langit Terbuka » Sivarasa mohon maaf kepada Sultan Selangor

Sivarasa mohon maaf kepada Sultan Selangor

KUALA LUMPUR, 8 Jun – Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa memohon maaf kepada Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah atas tindakannya mencemarkan kesucian Masjid An Nur Kampung Melayu Subang dekat sini, apabila memberi ceramah berkaitan politik, Rabu lalu.

Wakil rakyat PKR itu berkata, dia telah mengemukakan permohonan maaf kepada Sultan Selangor menerusi sepucuk surat bertarikh 5 Jun lalu bagi memperjelas apa yang sebenarnya berlaku ketika majlis pemberian sumbangan di masjid itu.

“Dalam surat itu, saya telah menjelaskan kepada Tuanku ucapan ringkas saya bukan satu ceramah atau ucapan politik.

“Bagaimanapun, saya telah meneliti titah Tuanku pada Jumaat lepas di Masjid An-Nur Temasya Glenmarie di mana Tuanku telah menjelaskan arahan dan peringatan baginda bahawa mana-mana ahli politik baik beragama Islam mahupun bukan Islam tidak boleh memberi apa-apa ceramah atau ucapan di dalam masjid atau di kawasan masjid.

“Adalah jelas saya telah mengingkari arahan ini dengan ucapan ringkas saya di dalam Masjid An-Nur di Kampung Melayu Subang. Justeru, di dalam surat saya itu, saya telah memohon maaf kepada Tuanku di atas kesilapan saya ini,” katanya dalam satu kenyataan.

Rabu lepas, Sivarasa dilaporkan memasuki masjid itu sebagai mewakili Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, sebelum didakwa menyampaikan ceramah berkaitan politik ketika berada di dalam dewan solat.

Beberapa gambar kehadirannya turut tersebar sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati pelbagai pihak.

Susulan itu, Sultan Sharafuddin Idris Shah murka dan dukacita terhadap tindakan Sivarasa. – Bernama

Artikel Berkaitan

Maqasid haji membina kesatuan ummah

Ibadah haji merupakan salah satu daripada rukun Islam yang menjadi tunjang dalam kehidupan seorang Muslim. Ia adalah manifestasi ketaatan kepada Allah SWT

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

  Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama.

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *