Home » Analitis » Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

Syahristani tajam dalam ilmu perbadingan

 

Syahristani adalah seorang ulama terkenal abad ke-21 khususnya di bidang teologi, sejarah dan agama. Ia juga dikenali sebagai ahli perbandingan agama. Syahristani merupakan nama yang dinisbahkan pada tempat kelahirannya, Syahristani, sebuah kota di utara Khurasan, Iran, Beliau lahir pada tahun 478 H/1085 M dengan nama lengkap Muhammad Abdul Karim bin Ahmad Abu al-Fath asy-Syafi’I al-Mutakallim.

Semasa Syahristani kecil ia sudah menunjukkan bakat yang luar biasa dalam penguasaan ilmu-ilmu agama yang dipelajarinya dari beberapa ulama terkenal pada masa itu. Sebagai ahli dalam hal perbandingan agama. Syahristani menunjukkan reputasi tinggi dan dinilai sebagai seorang yang objektif dan berfikiran tajam oleh para pakar perbandingan agama.

Syahristani melakukan pembahagian penduduk dunia berdasarkan iklim dunia, arah mata angin, dan bangsa-bangsa besar dunia. Beliau berpandangan bahawa iklim dapat menjadi sebab perbezaan di antara umat manusia, bukan hanya perbezaan warna kulit tetapi juga tabiat dan keperibadiannya. Empat mata angin juga diyakini Syahristani sebagai salah satu penyebab masing-masing bangsa yang mendiamibahagian-bahagian itu mempunyai tabiat dan tata cara hukum yang berbeza.

Untuk memperdalami ilmu dan memperluas wawasannya, Syahristani sering mengembara ke berbagai negeri. Beliau mengajar di madrasah Nizamiyah, ia pernah menetap selama 3 tahun di Bangdad, yang pada ketika itu merupakan pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan. Pada tahun 510 H/1116 M ia melakukan perjalanan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan kemudian kembali ke tanah kelahirannya. Beliau lalu menetap di Khurasan sehingga wafat pada tahun 548 H/1153 M.

Banyak hasil karya tulisan Syahristani yang terkenal seperti kitab al-Milal wa an-Nihal (Agama dan Aliran-aliran), yang memberikan huraian tentang perbandingan agama dan ilmu falsafah. Hampir seluruh dasar pemikiran Syahristani di muat dalam buku ini. Dalam buku ini, Syahristani memberi kajian serta membuat klarifikasi sistem keagamaan. Beliau juga mengkaji aliran teologi yang ada dalam Islam seperti Muktazilah, Syiah, Khawarij, dan Asy’ariyah.

Menurut Syahristani, umat manusia secara kasar dapat dikelompokkan ke dalam dua golongan, iaitu mereka yang memeluk agama formal, seperti Islam, Yahudi, Nasrani dan Majusi serta mereka yang tidak memeluk agama suatu agama formal melainkan menganut suatu aliran pemikiran atau pendapat manusia, seperti para ahli falsafah, kaum materialis, kaum sabi’in (penganut sinkretisme), dan para penyembah bintang serta berhala.

Salah satu buah fikiran Syahristani yang cukup terkenal adalah mengenai perbezaan pendapat yang ada pada aliran-aliran Islam. Perbezaan aliran ini mengakibatkan perbezaan pandangan, yang menurutnya disebabkan oleh empat masalah utama; masalah sifat dan keesaan Allah s.w.t; masalah janji dan ancaman dan masalah akal, risalah serta imamah.

 

Artikel Berkaitan

Ukuran haji mabrur

Ibadat haji merupakan kewajipan bagi umat Islam yang mampu dan menjadi rukun Islam kelima. Tentunya setiap kewajipan yang ditetapkan oleh Allah SWT

Search
ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *