Kerajaan mahu noktahkan kemiskinan tegar

ALOR SETAR: Kerajaan menyasarkan untuk menamatkan kemiskinan tegar yang masih membelenggu rakyat di seluruh negara termasuk negeri Kedah, pada tahun ini. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, adalah mengaibkan bagi negara yang memiliki keupayaan daripada pelbagai hasil namun masih tidak dapat menyelesaikan perkara asas seperti itu. Justeru, beliau meminta seluruh jentera Kerajaan Persekutuan, kerajaan-kerajaan […]

Serangan Masjid Al-Aqsa: UNSC perlu pastikan regim Israel bertanggungjawab, desak pembebasan tahanan Palestin – Anwar

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa komuniti antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) memastikan rejim Israel bertanggungjawab terhadap serbuan terhadap rakyat Palestin di kompleks Masjid Al-Aqsa, Rabu lepas, menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh rakyat Palestin cedera. Menyifatkan serangan itu sebagai jenayah keji, Perdana Menteri juga mendesak mereka membebaskan segera semua tahanan Palestin yang ditahan […]

Semua pihak perlu akur larangan ahli politik beri kuliah di masjid – Anwar

Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim (tengah) ketika sidang media selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan hari ini. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata semua pihak perlu menghormati dan akur terhadap arahan pihak berkuasa agama negeri mengenai larangan ahli politik menyampaikan kuliah atau ceramah politik di masjid dan surau. Anwar yang juga Menteri Kewangan ketika ditemui media selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini hari ini berkata soal kebenaran memberi […]

Malaysia ulangi pendirian tidak tolak ansur Islamofobia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan membakar buku atau kitab suci mana-mana agama. Perdana Menteri berkata Malaysia menghargai kemanusiaan, menghormati hak dan kepercayaan setiap individu. “Kita di Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan tindakan membakar al-Quran, buku dan teks agama termasuk kitab Injil… kerana kita menghormati kemanusiaan, […]

Perkukuh akhlak elak rasuah untuk tonjol Rahmatan lil Alamin

SEPANG – Umat Islam diharap dapat kembali semula menitikberatkan soal akhlak, moral dan memperkukuh etika dalam dalam usaha menangani gejala rasuah dan membawa konsep Rahmatan lil Alamin. Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, ini kerana dikalangan umat Islam itu sendiri, rasuah itu nampak lebih ‘tolerate’ dalam dunia Islam di mana akauntabiliti itu pula semakin longgar. Dengan […]

Kunjungan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim

PETALING JAYA – Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Yang Berusaha Ustaz Nik Omar Nik Ab Aziz hari ini (1 Oktober) telah melakukan kunjungan kepada Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kunjungan ke pejabat beliau di sini, adalah atas jemputan daripada Anwar sebelum ini. Dalam pertemuan selama sejam itu, kedua tokoh ini membincangkan dan […]

Boleh ceramah selagi tidak ganggu keharmonian kaum dan agama

PUTRAJAYA – Mana-mana penceramah tempatan atau antarabangsa dibenarkan berceramah selagi mereka mematuhi peraturan dan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) atau Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN). Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, berkata setiap penceramah perlu mematuhi garis panduan tertentu termasuk mendapatkan penganjur; memohon permit ceramah; […]