Home » Langit Terbuka » Malaysia ulangi pendirian tidak tolak ansur Islamofobia

Malaysia ulangi pendirian tidak tolak ansur Islamofobia

Perdana Menteri berkata kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia. - Foto The Star

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi pendirian Malaysia tidak akan bertolak ansur terhadap tindakan membakar buku atau kitab suci mana-mana agama.

Perdana Menteri berkata Malaysia menghargai kemanusiaan, menghormati hak dan kepercayaan setiap individu.

“Kita di Malaysia tidak akan bertolak ansur dengan tindakan membakar al-Quran, buku dan teks agama termasuk kitab Injil… kerana kita menghormati kemanusiaan, hak dan kepercayaan setiap orang.

“Kita tidak boleh kata ini (bakar al-Quran) sebagai kebebasan. Kebebasan itu kepada perkara yang benar bukannya bebas untuk membunuh, bertindak tidak berperikemanusiaan untuk menekan pihak lain,” katanya.

Beliau berucap pada Majlis Pelancaran Buku Himpunan Esei “Knowledge, Tradition and Civization: Essay in Honour of Professor Osman Bakar di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (ISTAC).

Yang turut hadir Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed khaled Nordin; Presiden Universiti Islam Antarabangsa (UAIM), Tan Sri Samsudin Osman dan Rektor UIAM, Prof Emeritus Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak.

Sebelum ini, Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Islamofobia ahli politik sayap kanan Sweden, Rasmus Paludan yang membakar al-Quran di Stockhlom.

Anwar berkata kerajaan Sweden perlu mengambil tindakan tegas terhadap pelaku dan memastikan langkah drastik diambil pada masa depan dalam menangani peningkatan membimbangkan Islamofobia di negara berkenaan.

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *