Malaysia, Indonesia pelihara persaudaraan gerakan, pertubuhan Islam

PETALING JAYA – Malaysia dan Indonesia akan terus memperkukuhkan kerjasama erat menerusi siri pertemuan dan diskusi dalam memelihara persaudaraan antara gerakan dan pertubuhan Islam dari kedua-dua negara. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, dalam kepadatan jadual sebelum bermula Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan sidang-sidang kemuncak di Jakarta, beliau sempat berdiskusi dan bertukar pandangan dengan […]

PM tegur pihak yang fobia berkaitan Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim  menegur sikap segelintir masyarakat bukan Islam yang seolah-olah menjadi fobia setiap kali mendengar perkara mengenai Islam. Ini berikutan bantahan segelintir pihak mengenai pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi yang disasarkan kepada murid beragama Islam di sekolah agama dan sekolah bantuan kerajaan. Anwar berkata, tujuan beliau […]

Pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 tidak gugat keharmonian masyarakat.

ISKANDAR PUTERI – Masyarakat bukan Islam di negara ini diminta memahami kepentingan pelaksanaan Modul Penghayatan Hadis 40 Imam Nawawi di sekolah seluruh negara, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, pelaksanaan modul itu berkait secara langsung dengan kestabilan, kesejahteraan dan keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama, pada masa depan. Sehubungan itu, beliau berharap isu […]

PM Anwar pimpin lafaz kalimah syahadah saudara baharu

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengajar ucapan kalimah syahadah kepada seorang lelaki yang baru memeluk Islam, hari ini (18 Ogos). Acara itu dijalankan di Masjid Ar-Rahimiah, Klang selepas beliau menunaikan solat jumaat bersama jemaah di sekitar kawasan itu. Lelaki warganegara Malaysia berusia 27 tahun itu dikenali sebagai Muhamad Anwar Karthiban selepas memeluk Islam. […]

Erdogan hubungi Datuk Seri Anwar bincang isu semasa

ANKARA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dihubungi oleh Presiden Turkiye, Recep Tayip Erdogan menerusi sidang video. Memetik laman Twitter TRT World, kedua-dua pemimpin membincangkan beberapa isu penting membabitkan hubungan dua hala Ankara-Putrajaya. Antara yang dibincangkan, kepentingan mewujudkan satu pendirian teguh dan kukuh dalam isu serangan terhadap kitab suci Al-Quran, oleh kumpulan tidak bertanggungjawab. […]

Anwar pelawa Laos manfaatkan kepakaran halal Malaysia

VIENTIANE, 27 Jun (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa Laos memanfaatkan kepakaran halal Malaysia untuk membolehkan negara itu memasuki pasaran pengguna Islam yang lebih besar. Bercakap pada sidang media bersama Perdana Menteri Laos Dr Sonexay Siphandone hari ini, Anwar berkata dengan menceburi industri halal terutama makanan halal, Laos boleh mengembangkan eksportnya. “Kita […]

Majlis ilmu madani beri lebih kefahaman kepada konsep negara madani – PM

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata penganjuran Majlis Ilmu MADANI adalah selari dengan usaha memberi kefahaman tentang maksud negara MADANI yang digagaskan oleh kerajaan pimpinan beliau kepada orang ramai. Beliau berkata ia terutamanya melibatkan nilai asas pembentukan negara MADANI iaitu akidah yang kukuh, akhlak yang baik serta pembentukan sahsiah maknawiyah. “Gunakan ini untuk […]

Isu kalimah Allah: Anwar ingatan jangan putar belit fakta, tipu rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua pihak supaya tidak memutar belit fakta mengenai hal penggunaan kalimah Allah dan menggunakannya untuk menipu rakyat. Ketika menjelaskan dakwaan setengah pihak yang beliau telah mengelirukan Dewan Rakyat berhubung perkara tersebut, Anwar bertegas beliau tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bercanggah. “Saya menghadap Sultan Selangor atas titah Tuanku. […]

Ilmu tekankan nilai, akhlak perlu diberi keutamaan – Anwar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan Seminar Antarabangsa Imam As-Syafii'i di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK) Kuching, Sarawak. - NSTP/NADIM BOKHARI/BERITA HARIAN

KUCHING: Penerokaan ilmu dan teknologi baharu bagi membangunkan negara harus disusuli usaha untuk mengekalkan khazanah ilmu kemanusiaan yang diwarisi daripada ilmuan terdahulu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perdana Menteri berkata, ilmu yang menekankan kepada nilai dan akhlak itu perlu diberikan keutamaan, khususnya dalam pembangunan negara MADANI.   “Satu aspek yang sangat penting dalam negara MADANI […]

Isu kalimah Allah: Jemaah Menteri persembah cadangan kepada Majlis Raja-Raja

PUTRAJAYA: Jemaah Menteri hari ini mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong untuk mempersembah cadangan-cadangan bagi mengukuhkan penguatkuasaan dasar berhubung kalimah Allah kepada Majlis Raja-Raja. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, langkah itu bagi menyelesaikan isu tersebut secara menyeluruh dan bersepadu. Pada masa sama, kata beliau, ia sebagai memperkukuh perpaduan dan keharmonian di antara kaum dan […]