Tiada cukai baharu dalam Belanjawan 2020

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan memperkenalkan cukai baharu termasuk cukai warisan dalam pembentangan Belanjawan 2020 nanti, kata Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. “Tiada kemungkinan akan ada cukai baharu yang akan dilaksanakan, (ini kerana) kerajaan mahu melaksanakannya pada awal (tahun), bukan di pertengahan (tahun),” katanya. Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Persidangan Cukai […]

Elak berbual kosong, main gajet di Tanah Suci 

SEREMBAN – Bakal haji diingatkan supaya mengelak perkara tidak bermanfaat seperti berbual kosong, membeli-belah dan bermain gajet semasa berada di Tanah Suci. Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, sebaliknya mereka perlu memberi tumpuan kepada ibadat kerana peluang untuk mengerjakan haji sukar diperoleh. “Haji adalah perjalanan rohani yang memerlukan kekuatan fizikal, emosi dan ilmu pengetahuan […]

‘Ikat perut’ dituju kepada jabatan kerajaan elak membazir

SHAH ALAM – Saranan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad agar anggota kerajaan ‘ikat perut’ perlu dilihat pada penggunaan bajet setiap jabatan kerajaan bagi mengelak berlakunya pembaziran. Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Tan Sri Dr Anuwar Ali berpendapat, Dr Mahathir tidak mahu bajet yang diperuntukkan, digunakan untuk projek yang tidak memberi keuntungan kepada rakyat. “Ada projek […]

Azmin beri jaminan Putrajaya tak kembalikan GST

KUALA LUMPUR – Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali memberi jaminan kerajaan Pakatan Harapan (PH) tidak akan mengembalikan cukai barang dan perkhidmatan (GST) seperti cadangan Barisan Nasional dalam bajet bayangan mereka yang dibentangkan hari ini. “Di sini tidak timbul soal pelaksanaan semula GST. Kita putuskan GST dimansuhkan dan SST (cukai jualan dan perkhidmatan) […]