Arwah Abdul Bari termasuk dalam kategori syahid

KUALA LUMPUR – Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri menyifatkan Allahyarham Abdul Bari Asyraf Mohd. yang terkorban ketika menyelamatkan lima sekeluarga daripada lemas di muara Sungai Terengganu sebagai pengorbanan para syuhada. Menurut Dr. Zulkifli, pengorbanan Allahyarham Abdul Bari untuk menyelamatkan kesemua mangsa dalam insiden tersebut adalah mulia dan dipandang tinggi dalam Islam. […]