Keputusan SPM 2019 diumumkan 5 Mac

KUALA LUMPUR – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun 2019 akan dikeluarkan pada Khamis, 5 Mac nanti. Seramai 416,416 calon telah mendaftar untuk menduduki SPM pada tahun 2019 di 3,313 pusat peperiksaan di seluruh Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 357,010 adalah calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan dan 8,320 adalah calon […]

Projek Khas Pengajian Tahfiz di ILDAN-YADIM Tahun 2020

HULU LANGAT – Institut Latihan Dakwah Yadim (ILDAN) Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) akan memulakan Projek Khas Pengajian Tahfiz untuk pelajar lepasan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sesi pengajian pada Feb/Mac 2020. Kami sedang mencari dua guru tahfiz (sekurang-kurangnya berkelulusan Diploma Tahfiz) yang berpengalaman untuk membangunkan modul program pengajian dan juga mengendalikan projek rintis ini […]

Keputusan SPM 2018 diumum 14 Mac

PUTRAJAYA – Seramai 421,706 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2018 akan mendapat keputusan peperiksaan mereka pada 14 Mac ini. Kementerian Pendidikan (KPM) dalam kenyataan hari ini berkata daripada jumlah itu seramai 362,754 merupakan calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan; sekolah di bawah agensi kerajaan (9,427); sekolah menengah agama negeri (8,160); sekolah […]

Keputusan STPM 2018 diumum 11 Mac

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan dikeluarkan pada 11 Mac ini. Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai pukul 12 tengah hari. “Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos,” katanya dalam satu kenyataan […]