Home » Langit Terbuka » Keputusan STPM 2018 diumum 11 Mac

Keputusan STPM 2018 diumum 11 Mac

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai pukul 12 tengah hari. - Foto Berita Semasa.my

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) bagi tahun 2018 akan dikeluarkan pada 11 Mac ini.

Pegawai Perhubungan Awam Majlis Peperiksaan Malaysia, Khawari Idris berkata, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan di sekolah masing-masing pada tarikh tersebut mulai pukul 12 tengah hari.

“Calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Di samping itu, calon juga boleh menyemak keputusan mereka melalui Sistem Mesej Singkat (SMS) dengan menaip STPM RESULT <jarak> <No.Kad Pengenalan> dan menghantarkannya ke 15888.

Mereka juga boleh berbuat demikian secara atas talian dengan melayari portal Majlis Peperiksaan Malaysia mulai pukul 12 tengah hari pada tarikh berkenaan di laman https://www.mpm.edu.my.

Pada peperiksaan STPM tahun lalu, seramai 42,849 calon telah hadir menduduki peperiksaan itu di 677 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Daripada jumlah tersebut, 42,476 atau 99.13 peratus adalah calon sekolah kerajaan, 162 (0.38 peratus) calon sekolah swasta, 195 (0.45 peratus) calon persendirian individu dan 16 (0.04 peratus) calon sekolah kerajaan negeri. – Kosmo

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *