Daud Muhammad penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad hari ini (9 November) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019. Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Daud pada sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini. Daud menerima wang tunai RM50,000, […]