Home » Langit Terbuka » Daud Muhammad penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019

Daud Muhammad penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019

Yang Dipertuan Agong bersama penerima anugerah Maulidur Rasul di Axiata Arena. - Foto Sinar Harian

KUALA LUMPUR – Pakar perundangan syariah, Datuk Daud Muhammad hari ini (9 November) dinobatkan sebagai penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul 2019.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah berkenaan kepada Daud pada sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan di Axiata Arena, Bukit Jalil di sini.

Daud menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil penghargaan.
Empat lagi penerima Anugerah Maulidur Rasul peringkat kebangsaan tahun ini, masing-masing menerima wang tunai RM20,000, trofi serta sijil penghargaan.

Dalam pada itu, hormat-menghormati, sifat kasih sayang serta keadilan berteraskan syariat Islam merupakan resepi kepada perpaduan dan keharmonian pemerintahan negara berbilang agama dan bangsa, titah Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Dalam ucapan bersempena sambutan Maulidur Rasul 1441H/2019 peringkat kebangsaan, Seri Paduka bertitah amalan pemerintahan baginda Rasulullah SAW yang menekankan sifat kasih sayang sesama manusia dan sejagat boleh dijadikan suri tauladan utama dalam membentuk perpaduan rakyat.

Memetik sebuah hadis sahih, Sultan Abdullah bertitah bahawa perpaduan akan terbentuk secara semula jadi menerusi rasa kasih sayang serta hormat-menghormati di antara rakyat tanpa mengira agama, bangsa dan keturunan.– Bernama

Artikel Berkaitan

ARKIB
KATEGORI

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *