TH mampu bayar hibah lebih tinggi tahun ini

KUALA LUMPUR – Lembaga Tabung Haji (TH) yang mencatatkan prestasi kewangan yang amat positif pada suku ketiga kali ini akan dapat mengumumkan hibah yang lebih baik (dividen) bagi 2019, kata seorang ahli ekonomi. Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, selain itu, ia juga mendapat pengukuhan daripada sokongan penyimpan […]

Dividen TH dibayar tidak lama lagi

KUALA LUMPUR – Dividen Tabung Haji akan dibayar tidak lama lagi, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mujahid Yusof Rawa hari ini. “Kita akan umumkan (tapi) bukan di sini. Insya-Allah tidak lama lagi,” katanya di Dewan Rakyat. Katanya, ini boleh dilakukan kerana Putrajaya berjaya memperbaiki penyata imbangan dengan mengurangkan liabiliti melalui eksesais pemulihan dan pentrukturan. […]

KWSP umum 6.15% dividen konvensional, 5.9% syariah

KUALA LUMPUR: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini mengisytiharkan kadar dividen sebanyak 6.15% untuk simpanan konvensional 2018, dengan agihan dividen sebanyak RM43 bilion; dan 5.9% untuk simpanan syariah, dengan agihan dividen RM4.32 bilion. Jumlah keseluruhan agihan dividen adalah sebanyak RM47.31 bilion, turun 1.70% berbanding pada 2017. “Dengan purata kadar dividen sebenar bagi 3 tahun […]

PTPTN umum dividen empat peratus SSPN

Wan Saiful

KUALA LUMPUR – Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) hari ini mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) sebanyak empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2018 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. Pengerusi PTPTN, Wan Saiful Wan Jan, berkata pemberian dividen berkenaan melibatkan anggaran peruntukan sebanyak RM114.55 juta dan akan memberi manfaat kepada 3.91 […]